Gunung Sarut (2 hari 1 malam)
“Semarak Impian.. Segunung harap dipulang”
1. Gunung Sarut berketinggian 1229m terletak di daerah Setiu, Terengganu. Jarak Kuala Terengganu dari Lata Payong (starting point) adalah 70km mengambil masa lebih kurang Satu jam 10 minit.
2. Gunung yang masih jarang dijejaki yang kaya dengan keindahan dan pelbagai spesis flora dan fauna yang masih terpelihara.
3. Pendakian bermula melalui jambatan usang di Lata Payong. Trek agak landai menuju ke ‘Blue Pool’ yang memakan masa satu jam 15 minit dari ‘starting point’.
4. Dari ‘Blue Pool’ trek mula mendaki, menuju ke Camp Site yang mengambil masa lebih kurang 4 jam.
5. ‘Campsite’ berhampiran anak sungai yang jernih dan cantik. Kedalaman cuma paras lutut, memang tak boleh nak tiruk.
6. Dari ‘Campsite’ ke Puncak Gunung Sarut mengambil masa lebih kurang 2 jam pendakian.
7. Bersamalah kita menjaga keindahan alam semulajadi yang indah ini. Jangan buang sampah merata- rata. Jangan ambil apa- apa kecuali gambar. Jangan tinggalkan apa- apa kecuali jejak kaki.
source