Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Video ini merupakan satu inovasi yang boleh digunakan oleh pendidik dan pelajar untuk penulisan. Video yang dinamakan sebagai “Si Abam di mana” merupakan singkatan bagi siapa, apa, bagaimana, di mana dan kenapa yang diinovasikan dalam bentuk sebuah lagu dan juga boleh diaplikasikan dengan penggunaan tapak tangan. Video ini bertujuan untuk membantu murid dalam membina ayat dalam perenggan dengan menggunakan formula “Si Abam di mana” yang diingat dan difahami. Semoga video ini dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran guru untuk melatih murid dalam aktiviti penulisan. Selamat menonton dan semoga bermanfaat.
Tajuk projek: Si Abam di mana
Bidang projek: Bahasa Melayu (kemahiran menulis-penulisan)
Objektif:
1) Menulis ayat dalam perenggan mengikut formula yang betul.
2) Menulis dengan menggunakan teknik “Si Abam di mana”.
Aplikasi projek: Guru boleh mengaplikasika video ini dalam aktiviti penulisan semasa PdP.
Jangan lupa like comment dan subscribe
Terima kasih.
#inovasipembelajaranjpm
#inovasijpm2019
#janganlupalikecommentdansubscribe
#fainaproduction
source