RAHSIA KHAZANAH HUTAN SIMPAN RAJA MUSA



KUALA SELANGOR: Bagi menjaga kepentingan hutan paya gambut, badan bukan kerajaan (NGO), Pusat Alam Sekitar Global (GEC) dan Jabatan Perhutanan Selangor mengambil inisiatif untuk mengadakan program komuniti penanaman pokok di Hutan Simpan Raja Musa, Batang Berjuntai, Kuala Selangor, Selangor.

Seramai lebih kurang 300 peserta sukarelawan yang terdiri dari pelbagai peringkat umur menyertai program ini untuk menanam lebih 600 batang anak pokok tenggek burung atau nama saintifiknya Euodia Ridleyi di hutan simpan berkenaan.

Aktiviti penanaman anak pokok ini dilakukan bagi memupuk kesedaran tentang memelihara dan memulihara hutan paya gambut sebagai sumber ekonomi dan keselamatan negara.

KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN PAYA GAMBUT

Hutan paya gambut yang terkenal dengan habitatnya telah menjadi rumah tumpangan kepada tumbuhan dan hidupan yang semakin pupus. Ini termasuklah pelbagai jenis hidupan yang terdiri daripada amfibia, mamalia, reptilian dan burung. Hutan paya gambut yang mempunyai keistimewaan tersendiri amat sesuai untuk haiwan yang membiak khususnya hidupan akuatik seperti ikan, udang dan sebagainya.

Pelbagai spesis ikan air tawar juga telah menjadikan paya gambut tempat untuk bertelur dan kawasan perlindungan anak ikan, contohnya seperti ikan sepat, haruan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, terdapat habitat hidupan darat di hutan paya gambut.

Selain menjadi tempat untuk hidupan, hutan gambut juga merupakan tempat bagi tumbuhan yang semakin terancam. Tumbuhan yang hidup di hutan paya gambut ini dikenali sebagai tumbuhan hipdropitik. Antara contoh tumbuhan yang terdapat di hutan paya gambut iala pokok salungapit, bayur, simpoh resak apit-apit, pokok ramin, pokok jongkong dan lain-lain.

HUTAN DI MALAYSIA

Hutan di Malaysia disebut sebagai antara hutan hujan tertua di dunia dan usianya mencapai jutaan tahun. Namun begitu cabaran besar yang dihadapi oleh sektor perhutanan negara dan gangguan kepada habitat semula jadi adalah pembalakan haram dan pembukaan ladang secara meluas.

Kira-kira 55 peratus daripada bumi Malaysia diliputi hutan hujan tropika yang kaya dengan 8,000 jenis flora dan lebih 400 spesies fauna. Hutan kita bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi lain seperti sumber ubat-ubatan, pengawalan perubahan suhu, kawasan tadahan air dan lain-lain lagi.

OLEH: ALIFF HAIKAL JOHARI, PUTI AMIRAH KHAIRUDDIN, SITI RAIHAN RAHBINI, BATRISYIA ABDUL RAZAK, DAN NUR HAZIRAH SAMSUDAR
Tujuan video ini adalah untuk memenuhi kehendak salah satu daripada kerja kursus berkumpulan bagi subjek Environmental and Science Reporting.

source

Facebook網友留言

發佈留言

發佈留言必須填寫的電子郵件地址不會公開。 必填欄位標示為 *