Untukmu Mujahidah Sejati



Semoga menjadi mujahidah sejati. Iman & taqwa jadi keutamaan…bukannya harta dan keindahan dunia yg sementara ini…
Untukmu Mujahidah Sejati

Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi di cakerawala
Menghiasi taman indah nan permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan
Chorus:
Mujahidah sejati
Akhirat utama kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati
Hatinya berbeza kerana diasuh iman dan taqwa

Mujahidah sejati
Berbekal Al-Quran dan Al-Sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah
Menjadi muqorrobin, bermujahadah
Menuju cinta dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam diri dengan dosa-dosa

source

Facebook網友留言

9 thoughts on “Untukmu Mujahidah Sejati

  1. bersama ustaz Najib Safar (Ketua Pemuda PAS Bagan Datoh) mesti ingat nasyid ini ketika di Mesir suatu ketika dahulu.. laita syabaab yauudu yauman 🙂

發佈留言

發佈留言必須填寫的電子郵件地址不會公開。 必填欄位標示為 *

Secured By miniOrange