🔴 [LIVE] BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH SESI 2 – TUISYEN PERCUMA #PusatTuisyenAYU #AkademiYoutuber



Bahasa Melayu Sekolah Rendah – Tuisyen Percuma #PusatTuisyenAYU #AkademiYoutuber

PUSAT TUISYEN AYU – PERCUMA!
Pusat tuisyen PERCUMA pertama di Malaysia yang membawakan kepada anda guru-guru PAKAR dari seluruh negara. Pusat Tuisyen AYU menghimpunan guru-guru pakar yang masih dalam perkhidmatan mahupun yang telah bersara namun tetap ingin menyumbang untuk pendidikan negara.

MURID / PELAJAR
Rebut peluang, masukkan sesi LIVE ini dalam jadual pembelajaran sendiri dan sentiasa mengisi masa lapang dengan ilmu daripada guru-guru hebat yang ikhlas ingin mendidik anda walaupun dari lokasi yang jauh. Jangan sia-siakan masa anda untuk belajar, guru-guru sentiasa ada di mana jua untuk membantu. Semoga kejayaan menjadi hakmilik anda.

IBU BAPA / MASYARAKAT
Ayuh!bantu anak-anak mendapatkan ilmu percuma, bagi yang tidak berkemampuan untuk menghantar ke pusat tuisyen dan sebagainya boleh jadikan sesi LIVE ini sebagai satu waktu tetap untuk anak-anak wajib luangkan bagi menimba ilmu yang disampaikan. Semoga usaha ini mendapat sokongan daripada ibu bapa dan masyarakat Malaysia khususnya. Inisiatif ini bertujuan untuk menyampaikan ilmu dalam apa jua pelantar yang terkemuka ketika ini.

GURU / PESARA
Sekali bergelar guru, selamanya anda seorang guru. Ilmu di dada tidak mengenal erti dalam perkhidmatan atau sudah bersara. Ilmu anda sangat berharga, seluruh pelajar Malaysia memerlukan ilmu anda. Abadikan ilmu anda, ayuh berkongsi dan terus curahkan ilmu untuk manfaat lebih ramai pelajar. Jika sebelum ini kita hanya mengajar di sekolah, kini kita boleh mengajar murid seluruh negara. Manfaatkan inisiatif ini, serta AkademiYoutuber.com satu-satunya akademi yang dilaksanakan TANPA KOS PENGAJIAN. Anda akan diajar dari A hingga Z bagaimana untuk sampai ke tahap boleh menyumbangkan ilmu secara LIVE.

TERIMA KASIH.

www.akademiyoutuber.com
Merealisasikan impian anda!

“Bermula PERCUMA, selama-lamanya PERCUMA!”

Info terkini tentang kelas-kelas yang akan datang sila layari :

Barisan tenaga pengajar Tuisyen BM SR :

Chekgu LK –

LinnZack –

Cikgu Yuhanisah –

Cikgu Noraslinah –

Cikgu Dzokhizah –

Cikgu Dieya –

Cikgu Shidee –

Cikgu Jamalee –

Cikgu Eedarahim –

Cikgu JC Koo –

Cikgu Putera –

source

Facebook網友留言

20 thoughts on “🔴 [LIVE] BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH SESI 2 – TUISYEN PERCUMA #PusatTuisyenAYU #AkademiYoutuber

  1. Assalamualaikum saya ada pendapat mengenai sijil EDIDIK MALAYSIA ini.KPM baru memaklumkan sijil yang tiada lambang KPM tidak dimasukkan ke dlm PAJSK murid.So sangat rugi untuk murid murid.Mungkin sijil EDIDIK ini perlu meletakkan lambang KPM.Ini pendapat saya cikgu LK.Kalau boleh cikgu boleh memberi pendapt ini kepada EDIDIK MALAYSIA.Terima kasih

發佈留言

發佈留言必須填寫的電子郵件地址不會公開。 必填欄位標示為 *